SISTEM PENGURUSAN HALAL MALAYSIA 2020 (MHMS 2020)
📍PERBEZAAN HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS)
&
INTERNAL HALAL CONTROL SYSTEM (IHCS)📍
HALAL ASSURANCE SYSTEM
Halal Assurance System (HAS)
Sistem Jaminan Halal (HAS) diguna pakai bagi kegunaan industri besar dan sederhana. Satu set prosedur yang digunakan oleh sesebuah organisasi/ syarikat untuk mencapai objektif dalam mengekalkan jaminan halal secara menyeluruh.
Tujuan Halal Assurance System (HAS)
HAS adalah mekanisma kawalan dalam syarikat untuk mengawal, memperbaiki, mengelakkan dan mengenalpasti ketidakakuran yang muncul dalam menghasilkan produk halal.
Keperluan umum Halal Assurance System (HAS)
• Manual HAS
• Polisi Halal
• Eksekutif Halal
• Jawatankuasa Halal Dalaman (JKHD) / Internal Halal Committe (IHC)
• Audit Halal Dalaman
• Kawalan Risiko Halal
• Kawalan Bahan Mentah
• Latihan Halal
• Kebolehkesanan (Traceability)
• Semakan HAS (HAS Review)
• Analisis Makmal
• Sertu
• Dokumentasi dan Rekod
📍INTERNAL HALAL CONTROL SYSTEM📍
Internal Halal Control System (IHCS)
Internal Halal Control System (IHCS) diguna pakai bagi kegunaan industri kecil dan mikro. Prosedur Kawalan Halal Dalaman bagi sesebuah organisasi atau syarikat hendaklah terdiri daripada Polisi Halal, Prosedur Kawalan Bahan Mentah atau Prosedur Kawalam Risiko Halal serta Prosedur Kebolehkesanan sebagai langkah kawalan untuk mengekalkan jaminan halal.
Tujuan Internal Halal Control System (IHCS)
Internal Halal Control System diwujudkan bagi memastikan integriti makanan halal pada peringkat pemprosesan, sehingga pengeluaran makanan adalah halal dan berkualiti dan memastikan jaminan halal dalam sesebuah organisasi atau syarikat dipantau sepanjang masa.
Keperluan Umum Internal Halal Control System (IHCS)
i) Mewujudkan polisi halal.
ii) Membangunkan prosedur kawalan bahan mentah.
iii) Membangunkan prosedur kebolehkesanan.
VIDEO PERBEZAAN HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS) & INTERNAL HALAL CONTROL SYSTEM (IHCS)
Ulasan