SISTEM PENGURUSAN HALAL MALAYSIA 2020 (MHMS 2020)


SYAHMIN ZULAIKHA BINTI MOHD RASIB
(DPH201924032)


 


📍KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS MENGIKUT SKIM📍


Setiap syarikat atau pemohon yang memohon sijil perlu mematuhi epeluan khusus HAS dan IHCS dalam Pensijilan Halal Malaysia (Domestik). Keperluan khusus dalam HAS dan IHCS mempunyai 9 skim yang perlu dipatuhi oleh setiap syarikat atau pemohon yang mematuhinya. Setiap pemohon perlu mengikut skim yang sesuai dengan syarikat mereka.

 


SKIM     PRODUK     MAKANAN     DAN     MINUMAN



Produk makanan dan minuman bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan untuk keperluan dan kehendak manusia. Syarikat perlu memastikan semua keperluan ini dipatuhi dengan berkesan. Infografik berdasarkan skim produk makanan dan minuman.

 

 











 POSTER     BERKENAAN     SKIM     PRODUK     FARMASEUTIKAL



CONTOH  LESEN  PENGILANG  DARIPADA  NPRA


 


 

SKIM     PREMIS     MAKANAN

 

Premis Makanan bermaksud sebarang bangunan atau apa-apa struktur, kekal atau sebaliknya bagi penyediaan, penyajian dan penjualan makanan seperti restoran, medan selera, kafeteria, kedai bakeri dan pastri, restoran makanan segera, kantin, kiosk, katering, dapur hotel dan lain-lain. Setiap tempat lain keperluan yang diperluakan mengikut kawasan.

 










Keperluan tambahan yang perlu dipatuhi oleh premis-premis berikut:


Premis

Keperluan tambahan

Hotel (Dapur / Restoran)

  • Minimum 2 orang pekerja Muslim berjawatan tetap hendaklah dilantik bagi setiap dapur dan bertigas sepanjang tempoh operasi atau semasa syif.
  • Eksekutif Halal perlu dilantik untuk setiap cawangan hotel.
  • HAS perlu dilaksanakan dan dibangun merujuk dengan Manual MHMD 2020.
  • Dapur yang diberi sijil halal perlu mempunyai pengasingan yang jelas dan teliti di dapur dengan dapur yang tidak diberi sijil halal secara berkesan.
  • Makanan atau minuman yang diberikan ke restoran yang diberi sijil halal mestilah mempunyai SPHM termasuk dengan dapur terbuka.

Restoran atau Kafe, Kantin dan Kedai Bakeri.

  • Minimum 1 orang pekerja Muslim yang berjawatan tetap yang perlu ada sepanjang operasi atau semasa syif.
  • Penyelia Halal perlu dilantik pada setiap premis makanan.
  • Makanan dan minumanyang disediakan perlulah yang diberi persijilan halal.
  • IHCS perlu dilaksanakan merujuk Manual MHMS 2020.

Premis Makanan Berangkai.

  • Minimum 1 orang pekerja Muslim yang berjawatan tetap yang perlu ada sepanjang operasi atau semasa syif.
  • Eksekutif Halal Perlu dilaantik. Pada peringkat pengurusan syarikat atau dapur berpusat.
  • HAS perlu dibangun pada peringkat pengurusan syarikat dan mesti dilaksana di premis makanan mengikut Manual MHMS 2020.
  • JKHD perlu ditubuhkan di dapur berpusat dan peringkat pengurusan syarikat.

Katering / Khidmat Penyajian Makanann dan Dapur Pusat Konvensyen.

1)   Industri Besar. Dan Sederhana
  • Minimum 2 orang pekerja Muslim berjawatan tetap bagi setiap dapur sepanjang masa operasi atau semasa syif.
  • Eksekutif Halal perlu dilantik.
  • JKHD perlu dilantik pada premis makanan dan setiap cawangan.
  • Makanan dan minuman yang disediakan dan diberi sijil halal dan permohonan sijil perlu untuk kesuluruhan premis.
  • HAS perlu dilaksanakan dan dibangun mengikut Manual MHMS 2020


2)   Industri Kecil.
  • Minimum 1 orang pekerja Muslim berjawatan tetap bagi setiap dapur sepanjang masa operasi atau semasa syif.
  • Penyelia Halal perlu dilantik.
  • IHCS perlu dilaksanakan dan dibangun mengikut Manual MHMS 2020.
  • Makanan dan minuman yang disediakan dan diberi sijil halal dan permohonan sijil perlu untuk kesuluruhan premis.

Premis Bergerak

  • Minimum 1 orang pekerja Muslim yang berjawatan tetap yang perlu ada sepanjang operasi atau semasa syif
  • IHCS perlu dilaksanakna dan dibangun dengan MAnual MHMS2020.
  • Tempat simpanan seperti stor simpanan untuk bahan ramuan dan peralatan mestilah disediakan pada bahan ramuan.
  • Mestilah ada sijil halal untuk makanan dan minuman.

Kafeteria di Medan Selera (Pengurusan Secara Berpusat)

  • Minimum 1 orang pekerja Muslim yang berjawatan tetap yang perlu ada sepanjang operasi atau semasa syif
  • Melantik Eksekutif Halal di peringkat pengurusan.
  • HAS hendaklah dibangun diperingkat pengurusan dan dilaksana pads setisp premis   makanan berdasarkan manual MHMS 2020.

Kiosk

  • Minimum 1 orang pekerja Muslim yang berjawatan tetap yang perlu ada sepanjang operasi atau semasa syif
  • IHCS perlulah dibangunkan dan dilaksanakan berdasarkan Manual MHMS 2020.
  • Perlu ada sijil halal bagi makanan dan minuman di dapur.


































































































SKIM     PRODUK     BARANG     GUNAAN


Barang Gunaan ialah barang-barang bukan makanan dan minuman kosmetik, farmaseutikal dan peranti perubatan. Setiap syarikat perlu memastikan memohon sijil halal bagi produk siap atau produk separa siap. Produk yang tidak mempunyai skim pensijilan khusus yang menepati kriteria yang diperlukan ialah

 







 SKIM     PERKHIDMATAN     LOGISTIK


Logistik bermaksud perkhidmatan pengangkutan barangan atau perkhidmatan kargo atau penggudangan dan aktiviti berkaitan atau peruncitan yang berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian makanan, minuman dan barangan.





Kategori-Kategori Permohonan


 






SKIM     RUMAH     SEMBELIHAN

1) Pemohon perlu terdiri daripada rumah sembelihan haiwan halal untuk tujuan komersial kategori poltri seperti ayam, itik, puyuh, angsa dan ayam belanda. Kategori ruminan seperti kambing, biri-biri, rusa, lembu dan unta termasuk arnab dan landak.

 

2) Perlulah memiliki Skim Pensijilan Veterinar atau surat perakuan atau juga surat sokongan yang masih sah.

 

3) Pengendali juga hendaklah mempunyai Sijil Latihan Pengendalian Makanan yang sah dan diiktiraf oleh KKM.Pengendali juga perlu ada suntikan vaksinasi anti tifoid.

 

4) Keperluan khusus tambahan yang perlu dipatuhi seperti:

 

Kategori

Keperluan

1) Premis

1) Rumah sembelihan dikhususkan untuk aktiviti penyembelihan haiwan halal dan sembelihan cara halal sahaja.

2) Rumah sembelihan perlu mempunyai kelengkapan yang cukup untuk penyembelihan haiwan, pemprosesan dan penyimpan sebelum diedar atau dijual.

3) Rumah sembelihan direka atay dibina bagi memudahkan pemberihan dan penyahjangkitan dan mempunyai kemudahan dari segi

  • Tempat penyembelihan
  • Tempat pemprosesan
  • Tempat penyimpan sementara sebelum dieedarkan

2) Haiwan

1) Haiwan mestilah teridiri daripada yang halal sahaja

2) Haiwan mestilah sihat dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang bertauliah.

3) Haiwan hendaklah dipastikan masih bernyawa ketika penyembelihan dilakukan.

3)Penyembelihan

1) Penyembelihan mestilah seorang Muslim, waras, baligh, mengamalkan ajaran Islam, mempunyai pemahaman dan pengetahuan mengenai peraturan dan syarat asas berkaitan penyembelihan dalam Islam

2) Penyembelih mestilah memiliki Tauliah Penyembelihan yang sah daripada JAIN/MAIN.

3) Bilangan penyembelih hendaklah mencukupi untuk memastikan sembelihan dapat dilaksanakan dengan sempurna ke atas haiwan

4) Pemeriksaan Halal

1) Pemeriksa perlulah seorang Muslim yang waras, baligh, mengamalkan ajaran Islam.

2) Pemeriksa mestilah mempunyai Tauliah Penyembelih yang masih sah daripada JAIN/MAIN.

3) Haiwan ang tidak sempurna disembelih dan tidak mematuhi syarat pelalian hendaklah diasingkan serta dilabel sebagai tidak halal.

5)Alat Sembelihan

1) Alatan sembelihan mestilah tidak diperbuat daripada tulang, kuku dan gigi.

2) Alatan perlu dikhususkan untuk menjalankan penyembelihan haiwan halla sahaja.

3) Pisau mestilah bersih daripada darah dan kotoran lain dengan menggunakan air yang mengalir

6)Pengendalian

1) HAiwan hendaklah dikendalikan dengan baik bagi memastikan kebajikan haiwan terpelihara sebelum dan semasa dibawa ke tempat sembelihan

2) Penyembelihan mestilah denganniat kerana Allah.

3) Penyembelihan digalakkan mengadap kiblat

4) Penyembilah dilaksanakan dengan putusnya saluran pernafasan(halkum), saluran makanan(merih) dan kedua-dua caotid artery dan jugular vein (wadajain)

7) Pelalian

1) Pelaksanaan pelalian ke atas haiwan adalah tidak digalakkan.

2) Syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa perlu dipatuhi jika pelalian dijalankan.

3) Alat pelalian hendaklah sentiasa di bawah penyeliaan pekerja Muslim yang terlatih dan dipantau secara berkala oleh pihak berkuasa tempatan.

8) Rekod Sembelihan

1) Rekod sembelihan harian perlu disediakan dengan lengkap dan tepat dan sentiasa dikemaskini untuk memudahkan pemeriksaan.

2) Rekod sembelihan hendaklah mengandungi maklumat dan tidak terhad kepada yang berikut seperti

  • Rekod penerimaan haiwan hidup
  • Rekod sembelihan salah
  • Rekod haiwan yang dibuang
  • Rekod haiwan yang disembelih
  • Rekod haiwan yang mati kerana pelalian.

 































































 

SKIM    PENGILANGAN     KONTRAK     /     OEM

 

1) Pemohon yang menjalankan pengilangan kontrak / OEM perlu memprolehi SPHM di bawah skim pengilangan kontrak/ OEM sebelum layak menawarkan perkhidmatan pengilangn produk kepada syarikat lain.

 

2) Skim tidak boleh digunakan sebagai perakuan halal ke atas produk yang dikilangkan dan setiap produk yang menggunakan logo halal perlu membuat permohonan SPHM.

 

3) Pemohon SPHM dibawah skim iniperlu mengeluar atau mengendali atau menguruskan produk halal sahaja. Skim tersebut ialah:

  • Skim produk makanan dan minuman
  • Skim produk kosmetik
  • Skim produk farmaseutikal
  • Skim produk barang gunaan
  • Skim rumah sembeliahan
  • Skim produk peranti perubatan


 

 



 

Keperluan pekerja Muslim yang perlu dipatuhi berdasrkan MHMS 2020

Industri

Perkara

Besar dan Sederhana

A. Minimun 2 orang pekerja Muslim warganegara Malaysia, berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau semasa syif.

B. Eksekutif Halal mestilah dilantik pada setiap setiap cawangan premis.

C. Jawatankuasa Halal Dalam (JKHD) mestilah ditubuhkan bagi premis dan setiap cawangan premis yang mempunyai pengurusan operasi berbeza.

D. HAS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan pada Manual MHMS 2020.

Kecil

A. Minimum 1 orang pekerja Muslim warganegara Malaysia, berjawatan tetap hendaklah dilantan dan bertugas di kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi atau pada syif.

B. Penyelia Halal mestilah dilantik

C. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020.

Mikro

A. Minimum 1 orang pekerja Muslim warganegara Malaysia, berjawatan tetap hendaklah dilantik dan bertugas pada kawasan pemprosesan sepanjang tempoh operasi dan pada syif.

B. IHCS hendaklah dibangun dan dilaksana berdasarkan Manual MHMS 2020.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGURUSAN HALAL MALAYSIA 2020 (MHMS 2020)

SISTEM PENGURUSAN HALAL MALAYSIA 2020 (MHMS 2020)

SISTEM PENGURUSAN HALAL MALAYSIA 2020 (MHMS 2020)