SISTEM PENGURUSAN HALAL MALAYSIA 2020 (MHMS 2020)
đź“ŤPerbezaan Langkah Kawalan (Control Measure)
dan
Tindakan Pembetulan (Corrective Action)đź“Ť
PRINSIP HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS) / SISTEM JAMINAN HALAL (SJH)
HAS/ SJH ini mempunyai 6 prinsip, iaitu yang pertama ialah Penentuan Titik Kritikal Halal (HCP). Kedua ialah, Pembangunan dan Pengesahan Carta Aliran. Ketiga ialah, Perlaksanaan Langkah Kawalan. Keempat ialah, Pembangunan dan Tindakan Pembetulan. Kelima ialah, Dokumentasi dan Pengurusan Rekod. Akhir sekali, yang keenam ialah Proses Pengesahan. Saya akan menerangkan tentang perbezaan antara prinsip yang ketiga iaitu, Perlaksanaan Langkah Kawalan (Control Measure),dan keempat iaitu Pembangunan dan Tindakan Pembetulan (Corrective Action).
Langkah ketiga dalam HAS, adalah untuk mewujudkan dan melaksanakan langkah-langkah kawalan. Jika berlaku apa-apa risiko haram dikesan dalam carta aliran proses, Internal Halal Committee (IHC) hendaklah mengambil tindakan pencegahan untuk mengelakkan risiko haram daripada berlaku. Bagi setiap Halal Control Point (HCP) yang telah dikenal pasti, langkah kawalan tertentu perlu dibangunkan. Langkah kawalan adalah tindakan pencegahan yang diambil sebelum tahap kritikal sebenar akan terjadi.
Contoh Material Risk Summary untuk bahan mentah :
Untuk mengenalpasti Halal Control Point (HCP) untuk bahan mentah, bahan ramuan atau bahan pembungkusan,kita akan menggunakan tools Decision Tree untuk mengenal pasti bahan tersebut (HCP), ataupun bukan (HCP). Selepas mengenal pasti bahan tersebut (HCP), kita akan buat Control Measure bagi (HCP) sahaja. Tambahan itu, kita juga akan menggunakan jadual yang sama untuk prisip yang seterusya.
Contoh Risk Management Plan Summary untuk proses :
Manakala bagi proses pula untuk mengenal pasti (HCP), kita akan menggunakan (HCP) Analysis Workship. Selepas mengenal pasti (HCP), masih menggunakan jadual yang sama, kita teruskan untuk (Control Measure). Setelah itu, kita akan melihat proses dalam jadual tersebut. Contohnya, terdapat 10 proses dalam penerimaan bahan mentah tersebut, dalam satu ataupun dua langkah dalam proses tersebut adalah (HCP), maka akan diteruskan dengan menggunakan Risk Management Plan Summary. Material Risk Summary untuk bahan mentah, manakala Risk Management Plan Summary untuk proses.
Sebelum kita teruskan kepada prinsip yang keempat, iaitu Pembangunan dan Tindakan Pembetulan (Corrective Action). Kita akan melihat bahagian Monitoring Procedure. Monitoring Procedure ialah langkah kawalan untuk bahagian proses sahaja.
Contoh Monitoring Procedure :
Langkah seterusnya dalam perlaksanaan Halal Assurance System (HAS) adalah untuk mewujudkan tindakan pembetulan (Corrective Action). Tindakan pembetulan (HAS) diambil jika ada ketidakpatuhan ditemui pada masa audit halal dalaman telah dijalankan. Tindakan pembetulan perlu diambil seawal mungkin, terutamanya jika ia akan menyebabkan secara lansung ke atas status halal produk. Segala bentuk tindakan pembetulan yang diambil oleh syarikat-syarikat mesti didokumenkan dalam rekod yang bertulis.
Contoh Corrective Action :
Saya kongsikan satu video tentang Control Measure dan Corrective Actions. Sila tekan link dibawah ini.
Ulasan